Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa Orang Asli dipaksa menerima suntikan vaksin COVID-19.
Beliau berkata, pendirian kerajaan setakat ini adalah berdasarkan konsep sukarela, dengan mereka yang benar-benar bersedia menerima sahaja perlu melakukan pendaftaran.